Ramalan Forex dan Mata Wang Kripto bagi 05 - 09 September, 2022

EUR/USD: Minggu yang Agak Membosankan

  • Minggu lalu boleh dianggap sebagai minggu yang membosankan. Statistik makro yang dikeluarkan daripada 30 Ogos sehingga 2 September rupa-rupanya agak bertepatan dengan jangkaan pasaran, walaupun keputusan yang ditunjukkan agak bergaya. Sebagai contoh, kadar indeks harga pengguna diselaras di Jerman adalah 8.8%, kadar yang diunjur adalah 8.8%. Indeks harga pengguna di Eurozone berada pada kadar 9.1% dan bukan 9.0% seperti yang dijangka. Indeks aktiviti perniagaan di AS dalam sektor pembuatan (PMI) tidak berubah sepanjang bulan dan berada pada kadar 52.8 (diunjur 52.0), manakala jumlah pekerjaan baru bukan dalam sektor agrikultur di AS (NFP) juga tidak berada jauh daripada jangkaan, 315K berbanding 300K. Disebabkan itu, pasangan EUR/USD bergerak di sepanjang garis pariti 1.000 untuk kelima-lima hari, mengalami turun naik dalam julat antara 0.9910-1.0078, dan mengakhiri tempoh lima hari dagangan pada paras 0.9955.

    Aktiviti peserta pasaran mungkin akan menjadi lebih menjadi aktif pada minggu hadapan. Hari terpenting sudah pastinya pada hari Khamis, 8 September, apabila keputusan terhadap kadar faedah deposit akan dibuat oleh pihak ECB serta komen dan kenyataan berkenaan polisi kewangan mereka dikeluarkan. Malah kadar inflasi di Eurozone naik lebih tinggi untuk bulan Ogos: daripada 8.9% kepada 9.1%. Justeru, kebanyakan penganalisis seperti pakar strategi di Nordea, sebuah kumpulan kewangan antarabangsa, percaya bahawa penggubal dasar Eurozone tersebut akan menaikkan terus kadar mereka sebanyak 75 mata asas.

    “Kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas mungkin tidak akan mengejutkan pasaran kewangan dan suasana sidang akhbar mungkin akan lebih bersifat hawkish,” pakar ekonomi Nordea menjelaskan, “kami jangkakan reaksi dari pasaran akan mendorong kepada kadar spread bon yang lebih meluas dan memberikan hasil lebih tinggi serta nilai euro yang lebih kukuh.”

    Jika bercakap tentang unjuran purata, keadaannya semasa ulasan ini dibuat pada petang Jumaat, 2 September adalah seperti berikut. 50% penganalisis bersetuju dengan hakikat bahawa pasangan EUR/USD akan bergerak ke bawah tidak lama lagi, 35% lagi memilih pertumbuhannya, manakala baki 15% pula menantikan pergerakan secara mendatar untuk terus berlaku. Bacaan indikator pada D1 memberikan isyarat yang lebih jelas. Kesemua 100% dalam indikator trend dan juga pengayun berpihak kepada bear. Walau bagaimanapun, 10% daripada kalangan pengayun menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan jualan.

    Sasaran terdekat bearish untuk pasangan EUR/USD adalah berada di zon antara 0.9900-0.9910. Sila maklum bahawa zon antara 0.9900-0.9930 adalah zon sokongan/rintangan yang kuat pada tahun 2002. Selain daripada paras pariti 1.0000, jika nilai euro menjadi semakin kukuh, perkara utama bagi bull adalah naik ke paras rintangan 1.0030. Selepas itu, ia perlu melepasi paras 1.0080 dan mengalami penyatuan di zon antara 1.0100-1.0280, sasaran berikutnya adalah di sekitar paras antara 1.0370-1.0470.

    Antara perkara-perkara penting yang berlaku pada minggu hadapan, selain daripada mesyuarat ECB, kami boleh nyatakan tentang pengeluaran data jualan runcit di Eurozone pada hari Isnin, 5 September. Hari Isnin adalah hari cuti umum di Amerika Syarikat, negara itu menyambut Hari Buruh. Kami menunggu data aktiviti perniagaan (ISM) dalam sektor perkhidmatan di AS dikeluarkan pada hari Selasa, 6 September, serta indikator kadar KDNK di Jerman dan Eurozone yang akan diketahui pada hari Rabu. Pengerusi Rizab Persekutuan AS iaitu Jerome Powell dijadual akan berucap pada hari yang sama, dan hari itu juga data pengangguran di Amerika Syarikat akan dikeluarkan.

GBP/USD: Menuju Ke Paras Terendah Sejak 37 Tahun Lalu

  • Dua minggu lalu kami berikan judul “Unjuran Kelam Pound Terus Menjadi Kenyataan” untuk pasangan GBP/USD. Tajuk utama untuk minggu lalu adalah “Unjuran Jangka Panjang yang Sangat Teruk”. Kami juga tidak dapat memberikan judul yang menceriakan untuk minggu ini: mata wang pound masih menjadi salah satu mata wang negara-negara G10 paling lemah, dan ia berpunca daripada prospek ekonomi di UK yang semakin teruk.

    Pihak British Chamber of Commerce (BCC) telah menganggarkan bahawa UK sudah pun berada dalam kegawatan dan kadar inflasinya akan mencecah 14% pada tahun ini. Menurut Goldman Sachs, kadar itu boleh mencecah 22% menjelang akhir tahun 2023. Menurut Financial Times, jumlah isi rumah di British yang hidup di bawah paras kemiskinan akan naik lebih dua kali ganda pada Januari dan mencecah 12 juta orang. Perdana menteri yang baru perlu mengambil tindakan segera bagi mengelak daripada berlakunya bencana ekonomi. Apakah tindakan yang perlu diambil? Nampaknya tiada siapa yang tahu lagi.

    Dalam situasi seperti ini, kebimbangan peserta pasaran mengenai calon perdana menteri baru yang namanya akan diumumkan pada hari Isnin, 5 September nanti agak boleh difahami. Jika diingat Perdana Menteri sekarang iaitu Boris Johnson telah meletakkan jawatannya setelah timbul skandal seks yang melibatkan salah seorang ahli kabinet beliau.

    Berdasarkan keadaan membimbangkan ini, nilai pound telah jatuh sejak 1 Ogos lalu. Setelah menembusi sokongan pada paras 1.1500, ia memperbaharui paras terendah sepanjang dua tahun (1.1495) pada minggu lalu. Untuk kedudukan terakhir setelah lima hari dagangan, ia berada sedikit tinggi, di sekitar 1.1510. Kebanyakan penganalisis (55%) percaya kadar GBP/USD akan terus menyusut pada minggu hadapan. Penurunan ini tidak akan terhenti walaupun pihak Bank of England menaikkan kadar faedahnya sebanyak 75 mata asas pada 15 September nanti. 30% berharap pembetulan akan berlaku manakala 15% lagi berpendirian neutral.

    Mengikut pakar strategi mata wang di UOB Group, paras sokongan terpenting seterusnya setelah 1.1500 adalah paras terendah pada Mac 2020. “Walau bagaimanapun,” penganalisis itu maklum, “kondisi jangka pendek adalah jualan yang sangat berlebihan, dan masih belum jelas lagi jika paras sokongan utama tersebut akan berjaya dicapai pada kali ini.” Untuk kebarangkalian pembetulan ke atas, UOB percaya bahawa hanya dengan berada di atas paras 1.1635 saja yang akan menunjukkan mata wang British itu belum bersedia untuk turun ke paras lebih rendah.

    Sila maklum bahawa paras terendah Mac 2020 (1.1409-1.1415) juga adalah paras terendah untuk 37 tahun (!) yang lalu. Kali terakhir pasangan GBP/USD berada di bawah paras 1.0800 adalah pada tahun 1985. Untuk bull, ia akan bertemu rintangan pada zon dan paras antara 1.1585-1.1625, 1.1700, 1.1750, 1.1800-1.1825, 1.1900 dan 1.2000. Bacaan indikator pada D1 adalah sama dengan bacaan pasangan EUR/USD: semua 100% adalah berwarna merah. Namun, satu pertiga daripada pengayun di sini menunjukkan pasangan ini memiliki lebihan jualan, dan kebiasaannya ia menunjukkan terdapat kemungkinan pembetulan akan berlaku.

    Hari Isnin dan Selasa, 5 dan 6 September boleh ditanda pada kalendar ekonomi di United Kingdom apabila kadar Indeks Komposit (PMI) serta kadar PMI dalam sektor Pembuatan dan Perkhidmatan di UK akan dikeluarkan. Pembentangan laporan inflasi akan diadakan pada hari Rabu, 7 September, ia memberikan lebih banyak maklumat, namun tiada sebarang keputusan penting yang akan dibuat pada hari itu.

USD/JPY: Tinggi, Lebih Tinggi dan Lebih Tinggi Lagi

  • Kebanyakan penganalisis (60%) pada minggu lalu telah menjangkakan paras tertinggi 14 Julai akan diuji sekali lagi dan akan berada pada paras tertingginya iaitu 139.40. Inilah yang berlaku sebenarnya. Pasangan USD/JPY naik ke paras 140.79, mencecah paras tertinggi sepanjang 24 tahun. Sesi dagangan mingguan berakhir pada paras 140.20.

    Punca kepada pencapaian satu lagi rekod masih lagi sama: perbezaan polisi kewangan antara Bank of Japan (BOJ) dan bank-bank persekutuan utama yang lain, terutama sekali pihak Rizab Persekutuan AS. Tidak seperti bank Amerika yang bersifat hawkish, penggubal dasar Jepun itu masih ingin meneruskan polisi mereka yang amat longgar, dengan bertujuan untuk merangsang ekonomi negara tersebut menerusi pelonggaran kuantitatif (QE) serta kadar faedah negatif (-0.1%). Perbezaan ini menjadi faktor utama untuk penyusutan lebih rendah nilai yen serta pertumbuhan kadar USD/JPY.

    Pakar ekonomi Global Research Bank of America menjangkakan pasangan USD/JPY akan kekal berada pada paras yang tinggi sehinggalah berlakunya pembetulan penting dalam Q4 2022. Lebih-lebih lagi, pembetulan seperti itu hanya akan berlaku jika kadar inflasi di AS menunjukkan penurunan berterusan. “Kami menjangkakan USD/JPY akan berada pada paras 127 apabila tahun 2022 berakhir,” kata para penganalisis ini. “Walau bagaimanapun, struktur mata wang yen Jepun yang lemah akan mula kelihatan dalam tempoh jangka panjang."

    Buat masa ini, majoriti penganalisis (50%) percaya bahawa pasangan USD/JPY akan terus bergerak ke atas. Mujurlah, masih terdapat ruang untuk ia mengalami pertumbuhan: kadarnya adalah lebih daripada 350 yen bagi setiap 1 dolar pada tahun 1971. 30% daripada penganalisis menjangkakan bull akan bergerak di sekitar paras tertinggi yang dicapainya, manakala 20% lagi mengharapkan pergerakan pembetulan ke bawah.

    Untuk indikator pada D1, bacaannya adalah menyamai dengan bacaan untuk pasangan sebelum ini: 100% menunjukkan pertumbuhan, manakala satu pertiga daripada pengayun berada di zon lebihan belian. Tugas utama bull adalah untuk memperbaharui paras tertinggi pada 2 September lalu dan naik di atas paras 140.80. Sasaran berikutnya adalah 142.00. Sokongan untuk pasangan ini berada pada paras dan zon 140.00, 138.35-139.05, 137.70, 136.70-137.00, 136.15-136.30, 135.50, 134.70, 134.00-134.25.

    Untuk kalendar ekonomi minggu hadapan, kami boleh tekankan mengenai data kadar KDNK di Jepun yang akan dikeluarkan pada hari Khamis, 8 September.

MATA WANG KRIPTO: Semua Harapan Tertumpu Pada Ethereum

  • Pasangan BTC/USD telah bergerak di sepanjang julat sempit antara $21,330 selama seminggu sebelum Jerome Powell memberikan ucapan beliau pada 26 Ogos. Ucapan oleh ketua Rizab Persekutuan itu telah meruntuhkan aset berisiko, kadar saham dan juga pasaran kripto jatuh menjunam. Walau bagaimanapun, jika kadar indeks saham S&P500, Dow Jones dan Nasdaq terus mengalami penurunan sepanjang minggu lalu, nilai bitcoin berjaya mengekalkan kedudukannya di sekitar paras $20,000 ($19,518-20,550), malah kadar ethereum naik lebih tinggi semasa menantikan peralihannya kepada mekanisma PoS.

    Hasilnya, berbanding korelasi BTC/USD dengan saham syarikat teknologi yang biasa berlaku, kami dapat lihat korelasi pasangan tersebut dengan pasangan Forex utama iaitu EUR/USD baru-baru ini yang bergerak di sepanjang garis pariti 1.0000. Kadarnya sedikit pulih pada hari Jumaat, 2 September yang disebabkan oleh penerbitan data pengangguran di AS. Namun pasangan ini tidak bergerak melepasi julat dagangan mingguan manakala bitcoin pula didagangkan pada paras $19,930 semasa ulasan ini dibuat. Jumlah keseluruhan modal pasaran kripto jatuh di bawah paras psikologi pentingnya iaitu $1 trilion dan berjumlah $0.976 trilion ($0.991 trilion seminggu lalu). Kadar Indeks Fear & Greed Kripto susut 2 mata lagi dalam masa tujuh hari, daripada 27 mata kepada 25 mata, dan berada di zon Extreme Fear.

    Sepanjang 10 tahun lalu, hanya pada tahun 2018 saja para pelabur mengalami kerugian lebih teruk daripada ini. Tekanan yang dihadapi pasaran kripto terus berlaku, terutama sekali akibat pengetatan polisi kewangan oleh pihak Bank Persekutuan AS. Menurut CoinShares, kadar perolehan produk pelaburan mata wang kripto jatuh ke paras terendah sejak Oktober 2020 pada minggu terakhir bulan Ogos lalu, manakala aliran keluar dana terus berlaku untuk tiga minggu berturut-turut. “Walaupun […] sebahagian daripada dinamik ini telah disebabkan oleh kesan bermusim,” para penganalisis itu menjelaskan, “kami juga dapat lihat sikap tidak ambil peduli terus berlaku setelah penyusutan harganya baru-baru ini. Kami rasakan semua yang berlaku adalah disebabkan oleh retorik hawkish pihak Rizab Persekutuan.” Selain daripada para spekulator dan juga “pelancong” kasual, pemilik BTC untuk jangka sederhana (memiliki coin lebih daripada 5 bulan) mula meninggalkan pasaran.

    Kedudukan penyokong kuat kripto semakin berkurangan. Bitcoin hanyalah “aset spekulasi semata-mata tanpa sebarang kegunaan,” ini disebabkan kekurangan kemajuan teknologi. Perkara ini telah dinyatakan oleh Justin Bons, pengasas dan juga ketua pegawai pelaburan untuk dana Cyber Capital. Beliau sebelum ini adalah salah seorang penyokong tegar bitcoin, namun mengubah pandangan beliau, menggelar aset tersebut sebagai “salah satu mata wang kripto paling teruk”. “Dunia semakin maju ke hadapan. Pernah satu ketika disebut bahawa emas digital mungkin akan mengaplikasikan teknologi terbaik. Jelaslah bahawa teori ini masih belum disahkan sepenuhnya. Bitcoin masih belum menggunakan kontrak pintar, teknologi privasi, mahupun kemajuan penskalaan,” jelas Bons.

    “Ciri-ciri ekonomi yang dimiliki bitcoin juga amat lemah. Ia bersaing dengan mata wang kripto yang boleh mencapai kadar inflasi negatif, kapasiti penstoran dan utiliti yang tinggi, seperti ETH selepas penggabungannya.” “Kebiasaannya, orang ramai hanya melabur ke dalam mata wang kripto kerana mereka percaya nilainya akan meningkat. Tindakan mereka itu sama seperti mengikuti prinsip peserta skim Ponzi,” pengasas Cyber Capital itu percaya.

    Umar Farooq, ketua bahagian blockchain Onyx yang menjadi sebahagian daripada konglomerat JPMorgan juga menyuarakan pelbagai kritikan terhadap pasaran kripto. Pada pendapat beliau, kebanyakan aset kripto yang ada dalam pasaran adalah “sampah”, dan kurangnya undang-undang menyeluruh ke atas industri itu telah menghalang banyak institusi kewangan tradisional daripada menyertai pasaran tersebut. Di samping itu, teknologi mata wang digital serta aplikasi praktikal penggunaannya juga tidak begitu membangun. Disebabkan perkara-perkara ini, mereka tidak boleh menggunakannya sebagai sebuah produk, contohnya sebagai token deposit bank.

    Pelabur dan juga pengacara Kevin O’Leary juga percaya bahawa pembantutan harga bitcoin adalah disebabkan oleh kurangnya kawalan seliaan. Disebabkan itu, pelabur-pelabur berinstitusi tidak dapat melabur ke dalam sektor tersebut. “Anda perlukan jutaan dolar yang diuruskan oleh dana kekayaan negara, namun mereka tidak dapat berbuat demikian kerana tiada undang-undang terhadapnya,” kata O’Leary. “Ramai orang tidak sedar bahawa 70% daripada kekayaan dunia adalah dalam bentuk pencen dan juga dana kekayaan negara. Sewajarnya, jika dana-dana ini tidak dibenarkan untuk membeli aset dalam kelas tersebut, mereka tidak akan mempercayainya.”

    Walau bagaimanapun, pelabur itu percaya bahawa undang-undang akan masih lagi dibentuk dalam dua ke tiga tahun akan datang. Buat masa ini, tanpa sebarang rangka dasar penyeliaan, mata wang kripto tidak boleh dianggap sebagai sebuah kelas aset penuh, dan nilai bitcoin mungkin tidak akan berada di atas paras $25,000.

    Unjuran oleh penganalisis Justin Bennett dilihat lebih menakutkan. Menurut beliau, jualan besar-besaran di pasaran saham baru-baru ini sudah pastinya akan mendorong kepada penyusutan kadar bitcoin: “Penjualan saham sebelum ini telah mengesahkan perangkap utama bull dan berkemungkinan akan mengakibatkan penyusutan yang berpanjangan. Ini bermaksud, kadar S&P500 akan susut kira-kira 16%, manakala kadar BTC pula akan susut sebanyak 30%-40%, turun ke paras $12,000.”

    “BTC sedang menguji garis trend 2015 sekali lagi,” tulis pengalisis itu. -“Jangan percaya dengan mereka yang mengatakan itu adalah fenomena sihat. Dua corak penurunan panjang pada tahun 2015 dan 2020 mungkin berbaloi untuk diikuti kerana ia menunjukkan permintaan yang kukuh. Apa yang dilihat sekarang adalah bertentangan sepenuhnya.” Menurut Bennett, sasaran utama bear adalah paras tertinggi sebelum COVID-19 iaitu $3,400.

    Berkenaan dengan ethereum, Bennett percaya bahawa aset itu sedang membentuk puncak untuk corak “head and shoulders” pada carta dengan sasaran ke bawah hampir pada paras $1,000: “Corak shoulder di sebelah kanan sedang mula terbentuk dan penurunan nilai ETH di bawah paras $1,500 mengesahkan perkara ini.”

    Senario sama juga diberikan oleh para penganalisis di Bloomberg. Mereka juga menjangkakan penurunan nilai ETH di bawah paras $1,000 walaupun terdapat peningkatan baru-baru ini dari paras terendah 29 Ogos lalu. Besar kemungkinan ia disebabkan oleh kecairan harga ethereum dalam keadaan pasaran bearish. “Momentum indikator teknikal dan juga trend harga menunjukkan bahawa penyusutan nilai token ini daripada paras tertinggi hampir dengan $2,000 pada pertengahan Ogos kepada paras semasa berdekatan dengan $1,500 mungkin akan berterusan,” Bloomberg menyatakan dalam laporan mereka.

    Sentimen dalam komuniti ETH kekal optimis baru-baru ini disebabkan oleh penggabungan yang akan berlaku tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, hal ini tidak dapat memberikan aset tersebut kekebalan terhadap keadaan makroekonomi yang tidak memberangsangkan baru-baru ini, jelas penganalisis Bloomberg. Ethereum telah membentuk paras sokongan yang kukuh pada purata pergerakan 50 harinya. Namun, setelah pasaran jatuh pada 25-26 Ogos, kedudukan aset itu berada di bawah paras sokongan tersebut, ia menunjukkan terdapat risiko penyusutan ke paras lebih rendah serta menguji semula sokongan di sekitar paras $1,000.

    Sedikit berita optimis pada penghujung ulasan ini. Menurut sebilangan penganalisis, jika peralihan rangkaian Ethereum 2.0 serta pelaksanaan mekanisma Proof-of-Stake berjalan lancar, nilai altcoin ini boleh naik dengan mendadak dan membawa keseluruhan pasaran ke atas bersama-samanya, terutama sekali saingan utama coin itu, iaitu bitcoin. Jika diingat kemas kini rangkaian ethereum dijadual akan berjalan antara 15 dan 20 September. Maka kita tidak perlu menunggu lama untuk mengetahui sama ada unjuran ini menjadi kenyataan atau pun tidak.

 

Bahagian Analisis NordFX

 

Notis: Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau panduan bagi menyertai pasaran kewangan: ianya bertujuan untuk menyampaikan maklumat sahaja. Berdagang di pasaran kewangan mempunyai risiko dan boleh menyebabkan kehilangan wang deposit.

Kembali Kembali
Laman web ini menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut tentang Dasar Kuki kami.